Wednesday, May 5, 2010

Toto & Comforter menarik dan berbaloi...

Salam.. kepada semua peminat barangan rumah yang murah tapi nampak cantik, silalah lawati blog atau facebook saya ni.. terdapat pelbagai corak dan warna menarik untuk comforter dan toto buatan thailand disini..:D

Jenis : Comforter + 1 Fitted Cadar + 4 Sarung Bantal tido + 1 Bantal Peluk
Size : Queen & King
Harga : RM38
Material : Cotton
Added Info : Bag
* Sesiapa yang berminat sila msg ke inbox saya
** terdapat dalam 20 corak dan warna.






Jenis : Comforter
Size : Queen & King
Harga : RM25
Material : Cotton
Added Info : Mini Bag
* Sesiapa yang berminat sila msg ke inbox saya
** terdapat dalam 20 corak dan warna.

















TQ!

Monday, May 3, 2010

Bacalah untuk percambahan ilmu dan perkembangan minda....




Sekali lagi, topik yang tiada kena mengena dengan catatan minggu lepas... sebabnye saya memang suka tulis ape yang terlintas difikiran... mungkin topik ni memang slalu menjadi bualan, bahan promosi kat perpustakaan or dimana-mana iklan... tapi sebagai seorang guru dan juga seorang pustakawan (Ijazah Sains Pengurusan Maklumat UiTM), saya lebih cenderung untuk membaca... apa sahaja yang terlihat atau dilihat memang merupakan bahan bacaan bagi saya... cumanya bagaimana ianya menjadi maklumat yang berguna atau tidak kepada kita...

Membaca secara peribadinya bukanlah bermaksud kita perlu membaca bahan bacaan seperti buku tebal sahaja tapi bahan lain yang juga merupakan agen penyebar maklumat . Definisi bahan bacaan sangat luas dan sangat umum bagi saya... Kenapa ye??... mungkin ada yang kata kita hanya perlu baca buku barulah boleh dipanggil sebagai 'Pembaca' atau biblioholist... hurmm...tapi bagi saya, asalkan kita membaca tak kiralah apa jenis bahan, kita merupakan pembaca... cumanya, berapa kerap kita membaca sahaja yang membezakan antara pembaca dan 'pemerhati'...

Pemerhati???... apa pulak tu??.. pemerhati bagi saya orang yang membaca tetapi kurang fokus kepada bidang bacaan... Mereka hanya suka membaca beberapa jenis bahan sebagai santapan minda dan hanya membaca disebabkan bosan atau tiada kerja untuk dilakukan... betul atau salah pendapat masing-masinglah... Pembaca yang suka membaca akan fokus terhadap minat membaca dengan sentiasa melihat perkembangan bahan tertentu dan akan sentiasa mencari bahan tertentu untuk memenuhi 'kehendak' mindanya... Jadi lihatlah perbezaannya... sekiranya anda mengiktiraf diri sebagai pembaca atau mengatakan hobi anda adalah membaca, maka, bezakanlah dan mulalah membuat penilaian terhadap diri anda... Membaca merupakan proses pembentukan minda yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar... kita boleh menilai bila kita mulakan proses komunikasi dengan orang lain... BETUL???... SALAH???.. terpulang... bila kita mula berkomunikasi, kalau kurang pembacaan maka kita akan tertinggal... sebagai contoh, kita jarang membaca suratkhabar, jadi, untuk berbual dengan orang tentang isu semasa sangat susah... dan kekurangan maklumat merupakan kekangan yang besar semasa proses tersebut...

Kedua, semasa menulis karangan, kurangnya idea menulis dan menghubungkaitkan dengan isu semasa kerana kurang maklumat dan kurang pembacaan... Jadi, dari situlah baru kita boleh nilaikan tahap pembacaan kita... Untuk suka membaca bukanlah dengan sengaja, kita perlu semai dari kecil, barulah ada semangat itu... Andai kata kita senganja menyemai memang sukar untuk mendapat semangat dari dalam hati dan jiwa... Baru mula buka mukasurat pertama kita dah mengantuk... Untuk menjadi biblioholist (Orang yang sangat suka membaca dan tidak boleh dikira banyaknya bahan yang telah dibaca..) bukanlah mudah... Perlu disemai dari kecil dan akan menjadi tabiat bila dewasa nanti...

Walaupun saya bukanlah pembaca tahap biblioholist, namun, saya mencuba untuk menghabiskan bahan bacaan yang ada disekeliling saya... Ambil tahu tentang perkembangan dunia semasa dan kesannya ialah bila anda perlu bercakap depan orang ramai terutamanya pelajar-pelajar saya... Kita akan jadi orang yang berilmu dan kaya maklumat... Sebagai guru juga, saya tiada masalah untuk memberikan maklumat terkini dan berkaitan mata pelajaran yang diajar, ianya lebih MENARIK dan xcukup masa nak cerita... Ini akan menjadikan kelas anda sentiasa ditunggu oleh pelajar... Begitu juga dengan orang lain... hehehe... FOKUS MEMBACA BERCAMBAH ILMU MENJADI TUMPUAN SEKALIAN ORANG...


TIPS: Sekiranya ingin memulakan hobi membaca mulakan dengan membaca bahan bacaan ringan seperti suratkhabar dan majalah... kemudian barulah mencari buku-buku atau bahan bacaan yang lebih tebal seperti novel atau fiksyen..

ELAKKAN mulakan baca buku tebal dan sukar difahami kerana ianya boleh menyebabkan kita cepat bosan...


Sekian...