Wednesday, May 5, 2010

Toto & Comforter menarik dan berbaloi...

Salam.. kepada semua peminat barangan rumah yang murah tapi nampak cantik, silalah lawati blog atau facebook saya ni.. terdapat pelbagai corak dan warna menarik untuk comforter dan toto buatan thailand disini..:D

Jenis : Comforter + 1 Fitted Cadar + 4 Sarung Bantal tido + 1 Bantal Peluk
Size : Queen & King
Harga : RM38
Material : Cotton
Added Info : Bag
* Sesiapa yang berminat sila msg ke inbox saya
** terdapat dalam 20 corak dan warna.






Jenis : Comforter
Size : Queen & King
Harga : RM25
Material : Cotton
Added Info : Mini Bag
* Sesiapa yang berminat sila msg ke inbox saya
** terdapat dalam 20 corak dan warna.

















TQ!

Monday, May 3, 2010

Bacalah untuk percambahan ilmu dan perkembangan minda....




Sekali lagi, topik yang tiada kena mengena dengan catatan minggu lepas... sebabnye saya memang suka tulis ape yang terlintas difikiran... mungkin topik ni memang slalu menjadi bualan, bahan promosi kat perpustakaan or dimana-mana iklan... tapi sebagai seorang guru dan juga seorang pustakawan (Ijazah Sains Pengurusan Maklumat UiTM), saya lebih cenderung untuk membaca... apa sahaja yang terlihat atau dilihat memang merupakan bahan bacaan bagi saya... cumanya bagaimana ianya menjadi maklumat yang berguna atau tidak kepada kita...

Membaca secara peribadinya bukanlah bermaksud kita perlu membaca bahan bacaan seperti buku tebal sahaja tapi bahan lain yang juga merupakan agen penyebar maklumat . Definisi bahan bacaan sangat luas dan sangat umum bagi saya... Kenapa ye??... mungkin ada yang kata kita hanya perlu baca buku barulah boleh dipanggil sebagai 'Pembaca' atau biblioholist... hurmm...tapi bagi saya, asalkan kita membaca tak kiralah apa jenis bahan, kita merupakan pembaca... cumanya, berapa kerap kita membaca sahaja yang membezakan antara pembaca dan 'pemerhati'...

Pemerhati???... apa pulak tu??.. pemerhati bagi saya orang yang membaca tetapi kurang fokus kepada bidang bacaan... Mereka hanya suka membaca beberapa jenis bahan sebagai santapan minda dan hanya membaca disebabkan bosan atau tiada kerja untuk dilakukan... betul atau salah pendapat masing-masinglah... Pembaca yang suka membaca akan fokus terhadap minat membaca dengan sentiasa melihat perkembangan bahan tertentu dan akan sentiasa mencari bahan tertentu untuk memenuhi 'kehendak' mindanya... Jadi lihatlah perbezaannya... sekiranya anda mengiktiraf diri sebagai pembaca atau mengatakan hobi anda adalah membaca, maka, bezakanlah dan mulalah membuat penilaian terhadap diri anda... Membaca merupakan proses pembentukan minda yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar... kita boleh menilai bila kita mulakan proses komunikasi dengan orang lain... BETUL???... SALAH???.. terpulang... bila kita mula berkomunikasi, kalau kurang pembacaan maka kita akan tertinggal... sebagai contoh, kita jarang membaca suratkhabar, jadi, untuk berbual dengan orang tentang isu semasa sangat susah... dan kekurangan maklumat merupakan kekangan yang besar semasa proses tersebut...

Kedua, semasa menulis karangan, kurangnya idea menulis dan menghubungkaitkan dengan isu semasa kerana kurang maklumat dan kurang pembacaan... Jadi, dari situlah baru kita boleh nilaikan tahap pembacaan kita... Untuk suka membaca bukanlah dengan sengaja, kita perlu semai dari kecil, barulah ada semangat itu... Andai kata kita senganja menyemai memang sukar untuk mendapat semangat dari dalam hati dan jiwa... Baru mula buka mukasurat pertama kita dah mengantuk... Untuk menjadi biblioholist (Orang yang sangat suka membaca dan tidak boleh dikira banyaknya bahan yang telah dibaca..) bukanlah mudah... Perlu disemai dari kecil dan akan menjadi tabiat bila dewasa nanti...

Walaupun saya bukanlah pembaca tahap biblioholist, namun, saya mencuba untuk menghabiskan bahan bacaan yang ada disekeliling saya... Ambil tahu tentang perkembangan dunia semasa dan kesannya ialah bila anda perlu bercakap depan orang ramai terutamanya pelajar-pelajar saya... Kita akan jadi orang yang berilmu dan kaya maklumat... Sebagai guru juga, saya tiada masalah untuk memberikan maklumat terkini dan berkaitan mata pelajaran yang diajar, ianya lebih MENARIK dan xcukup masa nak cerita... Ini akan menjadikan kelas anda sentiasa ditunggu oleh pelajar... Begitu juga dengan orang lain... hehehe... FOKUS MEMBACA BERCAMBAH ILMU MENJADI TUMPUAN SEKALIAN ORANG...


TIPS: Sekiranya ingin memulakan hobi membaca mulakan dengan membaca bahan bacaan ringan seperti suratkhabar dan majalah... kemudian barulah mencari buku-buku atau bahan bacaan yang lebih tebal seperti novel atau fiksyen..

ELAKKAN mulakan baca buku tebal dan sukar difahami kerana ianya boleh menyebabkan kita cepat bosan...


Sekian...

Monday, April 19, 2010

Positiflah selalu...


Hello,

Setiap hari kita melalui hari yang sama iaitu Isnin hingga Ahad... tapi pengalaman yang kita lalui dalah terlalu berbeza dan ada yang manis dan pahit... tapi sejauh manakah kita mampu menghargai hari-hari yang dilalui... maksudnya, walaupun hari-hari itu kita melalui rutin yang sama, namun pengalaman yang kita lalui adalah berlainan....

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan juga kekadang hilang pertimbangan... namun, kita masih ada beberapa jalan untuk dipilih... sebagai contoh... kita boleh melakukan muhasabah diri, berpegang kepada agama dan melakukan aktiviti riadah... ianya bukan sahaja dapat mengembangkan nilai positif malah menjadikan fizikal dan mental kita lebih terurus...

Ketika berhadapan dengan masalah samada kecil atau besar, cubalah jadikan diri kita seorang yang positif.. tapi bukan bermakna kita perlu sentiasa menyerah, tapi positif dalam mengharungi dan berhadapan dengan masalah....

Sebagai contoh kita gagal dalam perkahwinan yang kita jangkakan dapat bertahan sehingga ke akhir hayat tapi ianya tidak kesampaian... cubalah kita berfikir dan muhasabah diri.. lakukan refleksi bukan untuk mencari kesalahan diri tapi untuk mengetahui apa sebenarnya kelemahan kita... kita cukup kuat untukmempertahankan cinta yang bertahun2 kita jalinkan tapi gagal mempertahankan perkahwinan kita... dan cubalah positifkan diri dengan sentiasa redha dengan apa yang berlaku... anggap segalanya ketentuan ilahi dan TUHAN itu lebih mengetahui dan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya... seandainya itu ketentuannya, maknanya, kita diberi peluang untuk merasa dan menikmati pengalaman yang lain selepas ini... mungkin ianya lebih baik jika kita sudi dan sanggup berusaha...bukannya menyerah dan melakukan perkara yang lebih buruk seterusnya menyebabkan situasi menjadi lebih teruk... tapi, pelajarilah dan nikmatilah segala yang telah kita lalui dan harungi demi menjadikan diri kita lebih baik dari hari ini...

Ok, lihat contoh kedua... semalam saya ada baca suratkhabar, ada berita mengenai seorang pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan PMR 2009 dan dia mendapat keputusan yang kurang bagus... dia membunuh diri kerana tertekan dengan kata-kata kedua ibu bapanya... sebagai seorang manusia, mengalami tekanan perasaan atau stress adalah sesuatu yang mustahil untuk dielak... dan pelbagai sebab terjadinya stress.. tapi tanpa kita berfikiran positif, apa yang boleh kita lakukan lagi???... tiada apa kan??.. jika kita adalah seorang yang positif, kita masih boleh lalui sebarang tekanan dan masalah dalam hidup... jadi.. selalulah positif dan buang sifat negatif selamanya...


TIPS for Stress Management:


1. Belajar mengetahui apa yang menyebabkan anda stress. Suami, isteri, pekerja, jiran atau lain-lain. Tuliskan penyebab stress anda serta ceritakan setiap situasi yang berlaku. Kongsikan perasaan tersebut dengan rakan atau menulis jurnal peribadi. PASTIKAN! anda tahu apa penyebab stress barulah anda akan dapat mencari jalan penyelesaiannya.



2. Katakan TIDAK. Fokus kepada apa yang anda ingin capai dalam hidup, bukan apa yang orang lain ingin capai dalam hidup mereka. Lihatlah apa yang anda ingin capai untuk hari tersebut, sekiranya ianya jauh dari kemampuan anda, jangan lakukannya... Menyatakan TIDAK kepada sesuatu benda yang kita sukai merupakan sesuatu perkara yang susah dilakukan namun, ianya amat membantu dalam mengurangi stress kita.



3. Belajar untuk bertenang. Bekerja dengan keras tetapi perlu tahu limit dan hadnya.. Ketahuilah yang badan kita amat memerlukan rehat yang cukup untuk melakukan pelbagai perkara. Pergilah berehat atau bercuti dengan keluarga dan beri sedikit ruang untuk kita mrlakukan perkara yang tidak membebankan fizikal dan mental kita. Ini akan memberi ruang untuk mengurangkan stress disamping meningkatkan kesihatan diri.



4. Makan untuk sihat. Kurangkan makan junk food atau makanan ringan. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana ianya mampu mengurangkan stress hormon iaitu Cartisol.


5. Sentiasa tersenyum dan ketawa. Ini bukan bermaksud anda perlu ketawa setiap masa xkira dimana pun, nanti orang kata gila plak kan... Ianya bermaksud sentiasalah tersenyum bagi mengurangi stress dan sentiasa gembirakan hati anda...


6. Aktif. Melakukan senaman adalah jalan terbaik bagi mengurangkan stress yang dihadapi...Badan yang sihat akan menjadikan kita sentiasa gembira.


Ok... anda boleh mencuba tips tersebut...


SELAMAT BERJAYA!!


Reference: ZeroMillion.com

Tuesday, April 13, 2010

JOM MASAK_MASAK

Resipi Turun Temurun.... Hai semua...Just nak kongsikan resipi yang telah diperturunkan turun temurun oleh my late moyang kot... hehehehe... not really sure la... tapi resipi ni sangat sedap bagi saya dan patut dikongsi kepada semua orang... mungkin resepi ni akan sedikit berubah mengikut peredaran masa... maksudnye, orang dulu-dulu tidak ade blender dan menggunakan alatan tradisional... mereka juga menggunakan bahan asli dan tiada serbuk penambah rasa macam sekarang ni...lihat resepi ni dan jangan lupa untuk mencuba resipi ini yer...

JOM MASAK - MASAK!!



RENDANG KAMPUNG TURUN TEMURUN

BAHAN-BAHAN

6 Ketul ayam atau daging (agak2 untuk 3 orang makan)
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
3 tangkai Bunga lawang
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 paket rempah kari daging
3 sudu besar kerisik
1 tangkai daun kari
1 mangkuk santan
½ liter air
Garam secukup rasa
(Boleh tambah serbuk perisa jugak...)
Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara-Cara

1. Kisar Serai, bawang merah, bawang putih
2. Gaulkan rempah dengan kerisik dengan sedikit air (Cair)
3. Panaskan minyak
4. Masukkan kulit kayu manis, buah pelage, bunga lawang, daun kari

dan semua bahan yang telah dikisar
5. Tumiskan sehingga naik bau dan kekuningan
6. Masukkan rempah yang telah digaul bersama kerisik dan tumis sehingga

naik minyak... (Bukan hangus tau...)
7. Setelah masak rempah tu, masukkan ayam atau daging
8. Biarkan air ayam atau daging tu keluar
9. Masukkan sedikit air (untuk daging) agar daging tu empuk
10. Last skali, setelah air tadi kering, barulah masukkan santan.
11. Masukkan garam dan serbuk perasa ikut kesukaan anda
12.Kacau sehingga sebati dan mendidih.

Dah siap!!!


Info menarik..

TAHUKAH ANDA???..

Buah Pelaga atau "Cardamom" membantu:

1. Membantu penyembuhan ‘halitosis’ (nafas berbau) serta menguatkan gusi.
2. Sangat bermanfaat bagi mereka yang mengidap penyakit asma, bronchitis dan pelbagai

penyakit yang berkaitan dengan alahan pernafasan.
3. Merangsang pencernaan dan bermanfaat bagi mereka yang menderita kembung perut dan

angin.
4. Membantu membersihkan badan dengan adanya ciri nyah toksik didalamnya.
5. Membantu melegakan asid di dalam perut.




Sumber: http://www.laras-world.com/index.php?option=com_content&view=article&id=6&Itemid=16&lang=bm


Sunday, April 11, 2010

Business online yang baru...

salam,

setelah penat menunggu untuk mendapat cahaya mata,saya mula mendapat sesuatu yang baru dalam hidup... ape tu? business online yang sedang meningkat naik skang ni... disamping berusaha untuk mendapat cahaya mata, saya juga xterlepas untuk berusaha menambah pendapatan keluarga... maklumlah... mane dapatnyer duit kalau x kita sendiri yang kene berusaha kan???... zaman skang ni pun, DUIT lah yang sangat menjadi masalah... dan, saya ingin mengajak semua pembaca untuk berkongsi ape kah rahsia untuk menambah pendapatan bulanan yang xkurang hebatnya... ianya juga menggunakan kuasa internet yang tiada batasan... untuk yang berminat, sila layari laman web ini:


http://www.vemmabuilder.com/775439705

Website for NOR ANALIZA BINTI ABDUL AZIK
www.Vemmabuilder.com
(Only available in USA, Australia, Austria, Canada, Germany, Indonesia, Ireland, Japan, Malaysia, New Zealand, Philippines, Singapore, Slovenia, Taiwan and United Kingdom)

selamat mencuba dan terus menambah pendapatan kita!!

Wednesday, February 10, 2010

Menanti tanpa putus asa...

Setiap perkahwinan pastinya menginginkan kebahagiaan dan melahirkan cahaya mata yang akan menjadikan kehidupan kita sentiasa ceria dan disinari keindahan gelak tawa si kecil. Namun, adakah setiap rumah tangga akan dikurniakan tanda sebuah cinta ini?? Mungkin akan ada yang mengatakan 'Ya' dan mungkin 'Tidak'... semuanya bergantung kepada rezeki kurniaan Tuhan... Kita hanya mampu menanti dengan penuh sabar... seperti diri saya, keindahan berumah tangga telah saya rasai, walaupun baru menjangkau 2 tahun. Namun, impian untuk mendapat seorang cahaya mata dan bergelar ibu masih lagi samar-samar... Saya sudah bersedia mental dan fizikal... Namun, rezeki untuk menimang anak masih lagi tidak tertunai... saya tetap berusaha, masih sanggup melaburkan wang, menjalani pelbagai kaedah perubatan tradisional dan moden dan macam-macam lagi... Tapi, penantian masih lagi tidak berbalas... Saya juga masih tidak berputus asa, atas sokongan suami, keluarga dan mertua saya masih lagi mampu menguatkan semangat untuk berusaha dan terus berusaha....