Wednesday, February 10, 2010

Menanti tanpa putus asa...

Setiap perkahwinan pastinya menginginkan kebahagiaan dan melahirkan cahaya mata yang akan menjadikan kehidupan kita sentiasa ceria dan disinari keindahan gelak tawa si kecil. Namun, adakah setiap rumah tangga akan dikurniakan tanda sebuah cinta ini?? Mungkin akan ada yang mengatakan 'Ya' dan mungkin 'Tidak'... semuanya bergantung kepada rezeki kurniaan Tuhan... Kita hanya mampu menanti dengan penuh sabar... seperti diri saya, keindahan berumah tangga telah saya rasai, walaupun baru menjangkau 2 tahun. Namun, impian untuk mendapat seorang cahaya mata dan bergelar ibu masih lagi samar-samar... Saya sudah bersedia mental dan fizikal... Namun, rezeki untuk menimang anak masih lagi tidak tertunai... saya tetap berusaha, masih sanggup melaburkan wang, menjalani pelbagai kaedah perubatan tradisional dan moden dan macam-macam lagi... Tapi, penantian masih lagi tidak berbalas... Saya juga masih tidak berputus asa, atas sokongan suami, keluarga dan mertua saya masih lagi mampu menguatkan semangat untuk berusaha dan terus berusaha....

1 comment:

  1. hye..awk pnh try jus mate 5 ?
    saya ni dah lama jual...pgmln customer & kwn saya ade bjaya pregnant setelah amalkan jus mate..tapi berubat ni, biasala kita kena sabar..tak bole sebulan minum, hrp bjaya, awk tentu phm..nak cuba, contct saya 0179071084 ieza..
    saya sedia bntu

    ReplyDelete