Monday, April 19, 2010

Positiflah selalu...


Hello,

Setiap hari kita melalui hari yang sama iaitu Isnin hingga Ahad... tapi pengalaman yang kita lalui dalah terlalu berbeza dan ada yang manis dan pahit... tapi sejauh manakah kita mampu menghargai hari-hari yang dilalui... maksudnya, walaupun hari-hari itu kita melalui rutin yang sama, namun pengalaman yang kita lalui adalah berlainan....

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan juga kekadang hilang pertimbangan... namun, kita masih ada beberapa jalan untuk dipilih... sebagai contoh... kita boleh melakukan muhasabah diri, berpegang kepada agama dan melakukan aktiviti riadah... ianya bukan sahaja dapat mengembangkan nilai positif malah menjadikan fizikal dan mental kita lebih terurus...

Ketika berhadapan dengan masalah samada kecil atau besar, cubalah jadikan diri kita seorang yang positif.. tapi bukan bermakna kita perlu sentiasa menyerah, tapi positif dalam mengharungi dan berhadapan dengan masalah....

Sebagai contoh kita gagal dalam perkahwinan yang kita jangkakan dapat bertahan sehingga ke akhir hayat tapi ianya tidak kesampaian... cubalah kita berfikir dan muhasabah diri.. lakukan refleksi bukan untuk mencari kesalahan diri tapi untuk mengetahui apa sebenarnya kelemahan kita... kita cukup kuat untukmempertahankan cinta yang bertahun2 kita jalinkan tapi gagal mempertahankan perkahwinan kita... dan cubalah positifkan diri dengan sentiasa redha dengan apa yang berlaku... anggap segalanya ketentuan ilahi dan TUHAN itu lebih mengetahui dan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya... seandainya itu ketentuannya, maknanya, kita diberi peluang untuk merasa dan menikmati pengalaman yang lain selepas ini... mungkin ianya lebih baik jika kita sudi dan sanggup berusaha...bukannya menyerah dan melakukan perkara yang lebih buruk seterusnya menyebabkan situasi menjadi lebih teruk... tapi, pelajarilah dan nikmatilah segala yang telah kita lalui dan harungi demi menjadikan diri kita lebih baik dari hari ini...

Ok, lihat contoh kedua... semalam saya ada baca suratkhabar, ada berita mengenai seorang pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan PMR 2009 dan dia mendapat keputusan yang kurang bagus... dia membunuh diri kerana tertekan dengan kata-kata kedua ibu bapanya... sebagai seorang manusia, mengalami tekanan perasaan atau stress adalah sesuatu yang mustahil untuk dielak... dan pelbagai sebab terjadinya stress.. tapi tanpa kita berfikiran positif, apa yang boleh kita lakukan lagi???... tiada apa kan??.. jika kita adalah seorang yang positif, kita masih boleh lalui sebarang tekanan dan masalah dalam hidup... jadi.. selalulah positif dan buang sifat negatif selamanya...


TIPS for Stress Management:


1. Belajar mengetahui apa yang menyebabkan anda stress. Suami, isteri, pekerja, jiran atau lain-lain. Tuliskan penyebab stress anda serta ceritakan setiap situasi yang berlaku. Kongsikan perasaan tersebut dengan rakan atau menulis jurnal peribadi. PASTIKAN! anda tahu apa penyebab stress barulah anda akan dapat mencari jalan penyelesaiannya.



2. Katakan TIDAK. Fokus kepada apa yang anda ingin capai dalam hidup, bukan apa yang orang lain ingin capai dalam hidup mereka. Lihatlah apa yang anda ingin capai untuk hari tersebut, sekiranya ianya jauh dari kemampuan anda, jangan lakukannya... Menyatakan TIDAK kepada sesuatu benda yang kita sukai merupakan sesuatu perkara yang susah dilakukan namun, ianya amat membantu dalam mengurangi stress kita.



3. Belajar untuk bertenang. Bekerja dengan keras tetapi perlu tahu limit dan hadnya.. Ketahuilah yang badan kita amat memerlukan rehat yang cukup untuk melakukan pelbagai perkara. Pergilah berehat atau bercuti dengan keluarga dan beri sedikit ruang untuk kita mrlakukan perkara yang tidak membebankan fizikal dan mental kita. Ini akan memberi ruang untuk mengurangkan stress disamping meningkatkan kesihatan diri.



4. Makan untuk sihat. Kurangkan makan junk food atau makanan ringan. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana ianya mampu mengurangkan stress hormon iaitu Cartisol.


5. Sentiasa tersenyum dan ketawa. Ini bukan bermaksud anda perlu ketawa setiap masa xkira dimana pun, nanti orang kata gila plak kan... Ianya bermaksud sentiasalah tersenyum bagi mengurangi stress dan sentiasa gembirakan hati anda...


6. Aktif. Melakukan senaman adalah jalan terbaik bagi mengurangkan stress yang dihadapi...Badan yang sihat akan menjadikan kita sentiasa gembira.


Ok... anda boleh mencuba tips tersebut...


SELAMAT BERJAYA!!


Reference: ZeroMillion.com

No comments:

Post a Comment